Saturday, March 27, 2010

AYAT AKTIF / AYAT PASIF

Ayat Aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai unsur yang diterangkan. Lazimnya menggunakan kata kerja aktif transitif yang berimbuhan meN... Ayat Aktif ialah ayat yang menekankan objek.
Contoh :
  • Pak Hassan mengerang kesakitan sepanjang malam.
  • Berita kapal terbang terhempas mengejutkan kami sekeluarga.

Ayat Pasif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai unsur yang diterangkan. Ayat Pasif terdiri daripada:
1. Ayat pasif Diri Pertama dan Kedua.
contoh :
  • Kertas Kerja itu telah saya siapkan petang semalam.
  • Pokok itu akan engkau tebang esok.
  • Masakan ibu belum kurasai lagi.
2. Ayat Pasif Diri Ketiga.
Contoh :
  • Novel Julia dibaca oleh Ahmad.
  • Kerja itu mesti disiapkan oleh mereka hari ini.
3. Ayat Pasif dengan imbuhan Kata Kerja Pasif seperti di-, ter-, ber-, dan ke-...-an.
Contoh :
  • Baju pengantin itu sudah diambil oleh Suzie semalam.
  • Meja itu tertendang oleh adik.
  • Pasukan Kadet Polis kehujanan semasa menjalani latihan petang semalam.
  • Langsir biru itu belum berjahit.
4. Ayat Pasif dengan Kata bantu Pasif Kena.
Mengandungi kata kena di hadapan kata kerja dasar yang tidak menerima awalan.
Contoh :
  • Peragut itu kena tangkap (oleh polis)
  • Dia kena tipu (oleh pemuda itu)
  • Perajurit itu kena tembak (oleh pengganas)
(Binaan oleh + FN boleh secara pilihan digugurkan.)

LATIHAN
Tukar Ayat Aktif di bawah kepada Ayat Pasif.
  1. Yang Berhormat Menteri Pelajaran akan mengumumkan keputusan peperiksaan SPM 2009 tidak lama lagi.
  2. Semua calon boleh mengambil keputusan peperiksaan SPM di sekolah masing-masing.
  3. Pengetua sekolah mengarahkan semua pelajar agar berpakaian kemas
Tukar Ayat pasif di bawah kepada Ayat Aktif.
  1. Semua amanat dan pesanan ayah itu telah saya sempurnakan.
  2. Kebanyakan perabot yang telah usang tetapi masih tersimpan di pejabat ini hendaklah awak lupuskan.
  3. Sungai yang dalam dan berarus deras itu terenang juga oleh semua peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut.

No comments:

Post a Comment