Saturday, March 27, 2010

AYAT AKTIF / AYAT PASIF

Ayat Aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai unsur yang diterangkan. Lazimnya menggunakan kata kerja aktif transitif yang berimbuhan meN... Ayat Aktif ialah ayat yang menekankan objek.
Contoh :
  • Pak Hassan mengerang kesakitan sepanjang malam.
  • Berita kapal terbang terhempas mengejutkan kami sekeluarga.

Ayat Pasif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai unsur yang diterangkan. Ayat Pasif terdiri daripada:
1. Ayat pasif Diri Pertama dan Kedua.
contoh :
  • Kertas Kerja itu telah saya siapkan petang semalam.
  • Pokok itu akan engkau tebang esok.
  • Masakan ibu belum kurasai lagi.
2. Ayat Pasif Diri Ketiga.
Contoh :
  • Novel Julia dibaca oleh Ahmad.
  • Kerja itu mesti disiapkan oleh mereka hari ini.
3. Ayat Pasif dengan imbuhan Kata Kerja Pasif seperti di-, ter-, ber-, dan ke-...-an.
Contoh :
  • Baju pengantin itu sudah diambil oleh Suzie semalam.
  • Meja itu tertendang oleh adik.
  • Pasukan Kadet Polis kehujanan semasa menjalani latihan petang semalam.
  • Langsir biru itu belum berjahit.
4. Ayat Pasif dengan Kata bantu Pasif Kena.
Mengandungi kata kena di hadapan kata kerja dasar yang tidak menerima awalan.
Contoh :
  • Peragut itu kena tangkap (oleh polis)
  • Dia kena tipu (oleh pemuda itu)
  • Perajurit itu kena tembak (oleh pengganas)
(Binaan oleh + FN boleh secara pilihan digugurkan.)

LATIHAN
Tukar Ayat Aktif di bawah kepada Ayat Pasif.
  1. Yang Berhormat Menteri Pelajaran akan mengumumkan keputusan peperiksaan SPM 2009 tidak lama lagi.
  2. Semua calon boleh mengambil keputusan peperiksaan SPM di sekolah masing-masing.
  3. Pengetua sekolah mengarahkan semua pelajar agar berpakaian kemas
Tukar Ayat pasif di bawah kepada Ayat Aktif.
  1. Semua amanat dan pesanan ayah itu telah saya sempurnakan.
  2. Kebanyakan perabot yang telah usang tetapi masih tersimpan di pejabat ini hendaklah awak lupuskan.
  3. Sungai yang dalam dan berarus deras itu terenang juga oleh semua peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut.

Saturday, March 13, 2010

TAHNIAH SPM 2009

Cikgu ingin mengucapkan tahniah kepada semua pelajar SMKJJ yang baru sahaja mendapat keputusan SPM masing-masing. Sesungguhnya kejayaan akan menjadi milik anda sekiranya usaha yang dilakukan secara berterusan dan bersungguh-sungguh. Tahniah kepada pelajar kelas 5 S yang mendapat kelulusan 100%. Kepada pelajar 5 K saya berbangga kerana anda lulus BM. Tahniah kepada Najwa, Samerjit, Hakim, Abdul Rahman, Wan dan yang mendapat A+ dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

Thursday, February 11, 2010

PERIBAHASA

Senarai Peribahasa dalam Buku teks Tingkatan 4

1. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

2. Darah daging
Maksud : Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri.

3. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Maksud : mengalami susah senang bersama-sama.

4. meninggi diri
Maksud : Sombong

5. bermuka dua
Maksud : Tidak jujur.

6 baik hati
Maksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).

7. tulang belakang
Maksud : Punca kekuatan/ orang harapan

8. bara yang digenggam biar sampai jadi arang
Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.

9. bagai kaca terhempas ke batu
Maksud : Sangat sedih atau kecewa.

10. melentur buluh biarlah dari rebungnya
Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.

11. duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
Maksud : dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat

12. seperti lembu dicucuk hidung
Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang

13. yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing
Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.

14. dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
Maksud : segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.

15. terang hati
Maksud : Lekas pandai.

16. rendah hati
Maksud : Tidak sombong

17. murah hati
Maksud : Pemurah.

18. tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.

19. Tangan kosong
Maksud : Hampa.

Senarai Peribahasa dalam Buku teks Tingkatan 5

1. lintah darat
Maksud : Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.

2. bagai aur dengan tebing
Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu.

3. anak dagang
Maksud : Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat

4. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.

5. kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah


6. indah khabar daripada rupa
Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.

7. hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
Maksud : Pengagihan yang sama banyak.

8. bukit sama didaki, lurah sama dituruni
Maksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.

9. kacang lupakan kulit
Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan.

10. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
Maksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.

11. masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan

12. ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua
Maksud : kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya..

13. memerah otak
Maksud : Berfikir dengan bersungguh-sungguh.

14. kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
Maksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah

15. berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari.

16. yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang
Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha

17. sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit
Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.

18. bak cendawan tumbuh selepas hujan
Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.

19. bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

20. yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran
Maksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang pula.

21. mencari jalan
Maksud : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.

22. biar mati anak, jangan mati adat
Maksud : orang yang kuat perpegang pada adat.

23.sediakan payung sebelum hujan
Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.

24. berbesar hati
Maksud : Gembira.

25. anak buah
Maksud : a. Anak saudara. b. Pekerja di bawah jagaan kita.

26. tuan rumah
Maksud : tempat berlangsungnya sesuatu acara

27. yang lama dikelek, yang baharu didukung
Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.

28. batu penghalang
Maksud : Halangan

29 untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan
Maksud : orang lelaki yang merisik bakal isterinya.

30. bagai ikan pulang ke lubuk
Maksud : a. Orang yang pulang ke tempat asal. b. Kehidupan yang senang.

Thursday, January 14, 2010

ANTARA MAK DAN PASANGAN

RENUNGKAN BERSAMA..... ......... ......... ......... ...

Bila seronok, aku cari....pasanganku
-Bila sedih, aku cari....*Mak*
-Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
-Bila gagal, aku ceritakan pada....*Mak*
-Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
-Bila berduka, aku peluk erat....*Emakku*
-Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
-Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....*Mak*
-Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
-Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan* "Selamat Hari Ibu"*
-Selalu.. aku ingat pasanganku
-Selalu.. *Mak *ingat kat aku
-Bila-bila.. . aku akan talipon pasanganku
-Entah bila... aku nak talipon *Mak*
-Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
-Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk *Emak*
-Renungkan:
-"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
-bolehkah kau kirim wang untuk* Mak*?
-*Mak* bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

-Berderai air mata jika kita mendengarnya. .......

-Tapi kalau Mak sudah tiada....... ...
-MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

-Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
-berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
-berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya.....
-berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya...... .
-berapa ramai yang sanggup..... .. membuang ulat dan membersihkan luka kudis
ibunya....
-berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

-Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang *JENAZAH* ibunya......
-"Jika kamu menyayangi ibumu, "forward"kanlah Email ini kepada sahabat-
sahabat anda.

Wednesday, January 13, 2010

PANDUAN KOMSAS

Beberapa contoh aspek komsas sebagai panduan

Nilai murni

Perwatakan

Latar Masyarakat

Persoalan

Pengajaran

Keprihatinan

…ialah seorang pemuda yang prihatin

masyarakat yang prihatin akan nasib malang orang lain

persoalan sikap prihatin akan nasib malang orang lain

kita mesti prihatin akan nasib malang orang lain supaya mereka tidak berasa tersisih

kasih sayang

….ialah seorang ibu yang penyayang

masyarakat yang saling menyayangi antara satu sama lain

persoalan kasih sayang sesama manusia

kita hendaklah saling menyayangi supaya hubungan silaturahim dapat dipererat

keberanian

…ialah seorang lelaki yang berani

masyarakat yang berani menempuh cabaran

persoalan keberanian menempuh cabaran

kita hendaklah berani menempuh cabaran supaya dapat meningkatkan kematangan diri

bantu-membantu

…ialah seorang kawan yang suka membantu

masyarakat yang bersedia membantu mereka yang berada dalam kesusahan

persoalan kesediaan membantu mereka yang berada dalam kesusahan

kita harus membantu golongan yang memerlukannya supaya mereka dapat menjalani kehidupan dengan lebih sempurna

berdikari

…ialah seorang wanita yang berdikari

masyarakat yang hidup berdikari untuk mencapai kejayaan

persoalan kemahuan untuk hidup berdikari bagi mencapai kejayaan

kita hendaklah berusaha hidup berdikari supaya mendapat kepuasan hasil daripada titik peluh sendiri