Contoh :
- Pak Hassan mengerang kesakitan sepanjang malam.
- Berita kapal terbang terhempas mengejutkan kami sekeluarga.
Ayat Pasif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai unsur yang diterangkan. Ayat Pasif terdiri daripada:
1. Ayat pasif Diri Pertama dan Kedua.
contoh :
- Kertas Kerja itu telah saya siapkan petang semalam.
- Pokok itu akan engkau tebang esok.
- Masakan ibu belum kurasai lagi.
Contoh :
- Novel Julia dibaca oleh Ahmad.
- Kerja itu mesti disiapkan oleh mereka hari ini.
Contoh :
- Baju pengantin itu sudah diambil oleh Suzie semalam.
- Meja itu tertendang oleh adik.
- Pasukan Kadet Polis kehujanan semasa menjalani latihan petang semalam.
- Langsir biru itu belum berjahit.
Mengandungi kata kena di hadapan kata kerja dasar yang tidak menerima awalan.
Contoh :
- Peragut itu kena tangkap (oleh polis)
- Dia kena tipu (oleh pemuda itu)
- Perajurit itu kena tembak (oleh pengganas)
LATIHAN
Tukar Ayat Aktif di bawah kepada Ayat Pasif.
- Yang Berhormat Menteri Pelajaran akan mengumumkan keputusan peperiksaan SPM 2009 tidak lama lagi.
- Semua calon boleh mengambil keputusan peperiksaan SPM di sekolah masing-masing.
- Pengetua sekolah mengarahkan semua pelajar agar berpakaian kemas
- Semua amanat dan pesanan ayah itu telah saya sempurnakan.
- Kebanyakan perabot yang telah usang tetapi masih tersimpan di pejabat ini hendaklah awak lupuskan.
- Sungai yang dalam dan berarus deras itu terenang juga oleh semua peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut.