Friday, August 21, 2009

LARANGAN RASULULLAH

Fikir-fikirkan lah.....
Larangan dari Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam:

Dari Jabir radhiyallahu 'anhu, dia berkata,

"Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam telah melarang kuburan
dikapur
(di simen), dijadikan tempat duduk, dan juga didirikan bangunan
diatasnya."

(Hadith Riwayat Imam Muslim)

Dan membawa bunga-bungaan / jambak-jambak bunga dan seumpamanya
bersama-sama jenazah adalah diharamkan yang telah menular dalam kalangan orang-orang
Islam kerana mengikuti adat-adat orang kafir dan Melayu kuno dalam
upacara-upacara jenazah mereka. Juga kerana perbuatan tersebut boleh
mensia-siakan harta tanpa faedah dan memberi makna bermegah-megah dan
berbangga.

Manakala hukumnya adalah haram jika kubur dibina menggunakan marmar
(marble) dan seumpamanya, kerana amat berlawanan dengan ajaran
Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam, juga kerana terdapat pembaziran harta
yang ditegah syarak serta terdapat sifat bermegah dan menunjuk yang amat
dimurkai Allah subhanahuwata' ala.

Ali bin Abi Talib radhiyallahu 'anhu berkata kepada Abi Hayyaj
Al-Asadi,

"Tidakkah kamu mahu aku utuskan kamu untuk melakukan perkara yang aku
diutuskan oleh Rasulullah untuk melakukan? Kamu hendaklah meruntuhkan
semua berhala dan meratakan semua kubur yang ditinggikan orang."

(Hadith Riwayat Imam Muslim)

No comments:

Post a Comment