Sunday, July 19, 2009

PROGRAM BERFOKUS BAHASA MELAYU SMKJJ

Saya telah melaksanakan Program Berfokus Bahasa Melayu untuk pelajar-pelajar GALUS SMK Jelapang Jaya. Pelaksanaannya seperti berikut:

Langkah 1:
Membuat analisis peratus kelulusan Bahasa Melayu selepas Peperiksaan Pertengahan Tahun.

Langkah 2:
Pelajar di kategorikan kepada cemerlang, sederhana, lemah (galus). Guru-guru tingkatan 5 diminta menyenaraikan nama pelajar mengikut kategori masing-masing. Seramai 50 orang gagal Bahasa Melayu dalam PPT dan 33 orang pelajar adalah dalam kategori galus.

Langkah 3:
Saya menyediakan kertas kerja untuk melaksanakan program untuk membantu pelajar-pelajar galus supaya mereka boleh lulus Bahasa Melayu target pertama saya ialah meningkatkan peratus lulus BM peperiksaan Percubaan dan seterusnya meningkatkan prestasi Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM 2009.

Langkah 4:
Kelas bermula pada 16 Julai 2009 selama 5 minggu dan pelajar-pelajar Galus diberikan program khas untuk membantu mereka agar lulus Bahasa Melayu. Mereka didedahkan dengan aspek tatabahasa, teknik menulis karangan bahagian A, rumusan, pemahaman dan novel. Mereka diajar cara yang paling mudah untuk menjawab soalan.

Langkah 5:
Saya akan mengadakan ujian penilaian khas kepada pelajar-pelajar yang terlibat dengan program untuk menilai pencapaian pelajar.

Akhir kata,
Saya ingin merakam jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini terutama Pn. Pengetua, PK Pentadbiran, Pn. Zaidah bt.Mohd Yusof (GK Bahasa), Pn.Misah bt. Sulaiman dan Cik Rupini bt. Kamari kerana menjayakan program ini. Sama-samalah kita berusaha agar pelajar-pelajar SMKJJ akan lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM 2009.

No comments:

Post a Comment