Ayat Aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai unsur yang diterangkan. Lazimnya menggunakan kata kerja aktif transitif yang berimbuhan meN... Ayat Aktif ialah ayat yang menekankan objek. Contoh :
Pak Hassan mengerang kesakitan sepanjang malam.
Berita kapal terbang terhempas mengejutkan kami sekeluarga.
Ayat Pasif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai unsur yang diterangkan. Ayat Pasif terdiri daripada: 1. Ayat pasif Diri Pertama dan Kedua. contoh :
Kertas Kerja itu telah saya siapkan petang semalam.
Pokok itu akan engkau tebang esok.
Masakan ibu belum kurasai lagi.
2. Ayat Pasif Diri Ketiga. Contoh :
Novel Julia dibaca oleh Ahmad.
Kerja itu mesti disiapkan oleh mereka hari ini.
3. Ayat Pasif dengan imbuhan Kata Kerja Pasif seperti di-, ter-, ber-, dan ke-...-an. Contoh :
Baju pengantin itu sudah diambil oleh Suzie semalam.
Meja itu tertendang oleh adik.
Pasukan Kadet Polis kehujanan semasa menjalani latihan petang semalam.
Langsir biru itu belum berjahit.
4. Ayat Pasif dengan Kata bantu Pasif Kena. Mengandungi kata kena di hadapan kata kerja dasar yang tidak menerima awalan. Contoh :
Peragut itu kena tangkap (oleh polis)
Dia kena tipu (oleh pemuda itu)
Perajurit itu kena tembak (oleh pengganas)
(Binaan oleh + FN boleh secara pilihan digugurkan.)
LATIHAN Tukar Ayat Aktif di bawah kepada Ayat Pasif.
Yang Berhormat Menteri Pelajaran akan mengumumkan keputusan peperiksaan SPM 2009 tidak lama lagi.
Semua calon boleh mengambil keputusan peperiksaan SPM di sekolah masing-masing.
Pengetua sekolah mengarahkan semua pelajar agar berpakaian kemas
Tukar Ayat pasif di bawah kepada Ayat Aktif.
Semua amanat dan pesanan ayah itu telah saya sempurnakan.
Kebanyakan perabot yang telah usang tetapi masih tersimpan di pejabat ini hendaklah awak lupuskan.
Sungai yang dalam dan berarus deras itu terenang juga oleh semua peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut.
Cikgu ingin mengucapkan tahniah kepada semua pelajar SMKJJ yang baru sahaja mendapat keputusan SPM masing-masing. Sesungguhnya kejayaan akan menjadi milik anda sekiranya usaha yang dilakukan secara berterusan dan bersungguh-sungguh. Tahniah kepada pelajar kelas 5 S yang mendapat kelulusan 100%. Kepada pelajar 5 K saya berbangga kerana anda lulus BM. Tahniah kepada Najwa, Samerjit, Hakim, Abdul Rahman, Wan dan yang mendapat A+ dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
1. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.
2. Darah daging Maksud : Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri.
3. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing Maksud : mengalami susah senang bersama-sama.
4. meninggi diri Maksud : Sombong
5. bermuka dua Maksud : Tidak jujur.
6 baik hati Maksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).
7. tulang belakang Maksud : Punca kekuatan/ orang harapan
8. bara yang digenggam biar sampai jadi arang Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.
9. bagai kaca terhempas ke batu Maksud : Sangat sedih atau kecewa.
10. melentur buluh biarlah dari rebungnya Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.
11. duduk sama rendah, berdiri sama tinggi Maksud : dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat
12. seperti lembu dicucuk hidung Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang
13. yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.
14. dayung sudah di tangan, perahu sudah di air Maksud : segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.
15. terang hati Maksud : Lekas pandai.
16. rendah hati Maksud : Tidak sombong
17. murah hati Maksud : Pemurah.
18. tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.
19. Tangan kosong Maksud : Hampa.
Senarai Peribahasa dalam Buku teks Tingkatan 5
1. lintah darat Maksud : Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.
2. bagai aur dengan tebing Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu.
3. anak dagang Maksud : Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat
4. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.
5. kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah
6. indah khabar daripada rupa Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.
7. hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah Maksud : Pengagihan yang sama banyak.
8. bukit sama didaki, lurah sama dituruni Maksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.
9. kacang lupakan kulit Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan.
10. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung Maksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.
11. masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan
12. ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua Maksud : kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya..
13. memerah otak Maksud : Berfikir dengan bersungguh-sungguh.
14. kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya Maksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah
15. berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari.
16. yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha
17. sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.
18. bak cendawan tumbuh selepas hujan Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.
19. bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.
20. yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran Maksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang pula.
21. mencari jalan Maksud : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.
22. biar mati anak, jangan mati adat Maksud : orang yang kuat perpegang pada adat.
23.sediakan payung sebelum hujan Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.
24. berbesar hati Maksud : Gembira.
25. anak buah Maksud : a. Anak saudara. b. Pekerja di bawah jagaan kita.
26. tuan rumah Maksud : tempat berlangsungnya sesuatu acara
27. yang lama dikelek, yang baharu didukung Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.
28. batu penghalang Maksud : Halangan
29 untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan Maksud : orang lelaki yang merisik bakal isterinya.
30. bagai ikan pulang ke lubuk Maksud : a. Orang yang pulang ke tempat asal. b. Kehidupan yang senang.
Bila seronok, aku cari....pasanganku -Bila sedih, aku cari....*Mak* -Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku -Bila gagal, aku ceritakan pada....*Mak* -Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku -Bila berduka, aku peluk erat....*Emakku* -Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku -Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....*Mak* -Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku -Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan* "Selamat Hari Ibu"* -Selalu.. aku ingat pasanganku -Selalu.. *Mak *ingat kat aku -Bila-bila.. . aku akan talipon pasanganku -Entah bila... aku nak talipon *Mak* -Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku -Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk *Emak* -Renungkan: -"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... -bolehkah kau kirim wang untuk* Mak*? -*Mak* bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
-Berderai air mata jika kita mendengarnya. .......
-Tapi kalau Mak sudah tiada....... ... -MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....
-Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya.... -berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya..... -berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya..... -berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya...... . -berapa ramai yang sanggup..... .. membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya.... -berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
-Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang *JENAZAH* ibunya...... -"Jika kamu menyayangi ibumu, "forward"kanlah Email ini kepada sahabat- sahabat anda.
Perenggan pendahuluan yang baik ditulis sekurang-kurangnya menggunakan lima ayat. Perenggan pendahuluan yang baik mempunyaikriteriayangboleh dipilih daripada jenis pendahuluan di atas kemudian digabungkan dalam satu perenggan.
Contohnya :
·Pendahuluan DWIFOKUS – sekiranya pelajar menulis 2 jenis pendahuluan dalam satu perenggan.
·Pendahuluan TRIMATRA – sekiranya pelajar menulis 3 jenis pendahuluan dalam satu perenggan.
·Pendahuluan 4 DIMENSI - sekiranya pelajar menulis 4 jenis pendahuluan dalam satu perenggan.
·Pendahuluan GABUNGAN 5 DALAM 1 - sekiranya pelajar menulis 5 jenis pendahuluan dalam satu perenggan.
·Pendahuluan ESTETIKA - sekiranya pelajar menulisperenggan pendahuluan menggunakan puisi.
PENDAHULUAN DWIFOKUS:
Definisi + Suasana.
Soalan
Amalan membaca seharusnya bermula di rumah. Adakah anda bersetuju dengan pendapat tersebut. Huraikan pendapat anda.
Membaca sering ddidefinisikan sebagai memerhatikan isi sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan memahamkan makna kandungannya. Di samping itu, membaca juga meliputi pengucapan apa-apa yang tertulis atau tercetak pada buku, papan tanda dan lain-lain secara lisan sama ada dengan kuat atau sebaliknya. (Definisi) Di Malaysia, membaca belum lagi dianggap menjadi amalan dalam kehidupan sebahagian besar rakyat negara ini. (suasana) Bagi golongan pelajar, membaca hanya menjadi rutin bagi tujuan mentelaah, manakala bagi golongan yang sudah melepasi dunia pelajar, mereka hanya membaca bahan bacaan ringan bukan bahan ilmiah yang menambahkan ilmu. (Suasana) Justeru, membaca wajarlah dijadikan amalan dan dipupuk sejak kecil dan seharusnya bermula dari rumah. (Ayat Judul)
PENDAHULUAN JENIS TRIMATRA.
Suasana + Cerita + Persoalan
Soalan:
Bencana alam seperti gempa bumi, banjir lumpur dan tsunami telah melanda beberapa negara sejak belakangan ini. Mala petaka ini memerlukan kerjasama sejagat bagi membantu mangsa-mangsa yang terlibat.
Tulis sebuah rencana mengenai peranan Malaysia dalam meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa tersebut.
Sejak akhir-akhir ini, dunia sering digemparkan dengan pelbagai bencana alam yang meragut ribuan nyawa. (Suasana) Menurut mitos dari Indonesia Mbah Maridjan, lelaki yang berusia 79 tahun ini amat dikenali namanya di Kanahreja Dusun Palemsari Kabupatin Sleman, Jawa Tengah. Beliau mengaku sebagai pemegang kunci Gunung Merapi yang akan memuntahkan lahar merahnya bila-bila masa sahaja. Beliau yang tinggal tiga kilometer dari kawah lahar yang sedang mendidih itu mengaku mendapat perintah daripada Almarhum Sultan Hamengku Buwono IX yang melantiknya sebagai juru kunci gunung itu beberapa waktu yang silam. Pengaruh Mbah Maridjan sangat kuat dalam kalangan penduduk di desanya sehingga beliau dan pengikut-pengikutnya tidak akan berganjak dari kawasan itu walaupun dipaksa. (Cerita) Persoalannya, apakah yang akan terjadi kepada seluruh penduduk di kawasan itu apabila Gunung Merapi itu memuntahkan lahar merahnya? (Persoalan) Apakah pula peranan negara ini dalam meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa bencana alam seperti itu, di samping bencana yang lain seumpama tsunami, banjir lumpur dan taufan? (Ayat Judul)
PENDAHULUAN JENIS 4 DIMENSI:
Definisi + Pendapat tokoh + Peribahasa + Persoalan
Soalan :
Penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum banyak mendatangkan faedah.
Jelaskan pendapat anda tentang faedah-faedah tersebut.
Kokurikulum ditakrifkan sebagai aktiviti yang dijalankan di luar bilik darjah yang dilakukan selepas waktu pembelajaran. (Definisi) Pegawai Unit Kokurikulum Jabatan Pelajaran Selangor, En. Mohd Zaim Abu samah berkata, inovasi yang ditunjukkan oleh pelajar yang aktif adalah bermutu tinggi, sekali gus elemen penting ini dapat melengkapkan prestasi akademik mereka secara bersepadu dalam aktiviti kokurikulum. (Pendapat Tokoh) Aktiviti ini boleh melahirkan pelajar yang mempunyai sikap suka bekerjasama, bak kata pepatah “Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”. (Peribahasa) Persoalannya, mengapa sesetengah ibu bapa berpendapat bahawa penglibatan anak-anak mereka dalam aktiviti ini hanya membazir masa? (Persoalan) Dalam perbincangan ini, saya akan membicarakan secara tuntas tentang faedah-faedah penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum. (Ayat Judul)
PENDAHULUAN JENIS ESTETIKA.
Lirik lagu
Pelbagai langkah telah diambil oleh pihak kerajaan untuk memajukan sektor pertanian di samping meningkatkan taraf hidup golongan petani.
Tulis sebuah rencana tentang sumbangan sektor pertanian terhadap ekonomi negara untuk dimuatkan dalam akhbar tempatan.
Burung yang berkicau Air mengalir tenang Sejuk mata memandang Damai mempesonakan Padi melambai-lambai Gadis di tepi bendang Walau panas membahang Tetap manis tersenyum riang
Lagu ’Desa Tercinta’ dendangan Nora yang dikategorikan dalam genre muzik irama Malaysia ini sangat popular sekitar tahun 2000 yang lalu. Ilustrasi di dalam lagu tersebut menunjukkan betapa harmoni hubungan antara alam dengan insan. Lebih jauh lagi, lagu itu berusaha memberikan gambaran tentang keindahan sebuah kampung tradisional di negara kita. Kampung tersebut masih mengekalkan sektor pertanian, khususnya penanaman padi sebagai sumber utama pendapatan penduduknya. Walau bagaimanapun, gambaran seumpama itu hanya indah dan terdapat di beberapa perkampungan di negara kita, sedangkan desa yang lainnya sudah dicalar oleh projek pembangunan yang menggila. Di sisi yang lain, sektor pertanian sesungguhnya masih amat diperlukan untuk terus membangunkan negara. Lantaran itu, apakah langkah-langkah proaktif yang wajar dilaksanakan bagi memajukan sektor pertanian di negara ini?
2.Perenggan isi.
Penjanaan Idea/Isi karangan
Masalah yang dihadapi oleh pelajarialah bagaimana hendak mengembangkan idea/isi karangan.Keadaan ini disebabkan penguasaan bahasa pelajar agak lemah.Bagi membimbing pelajar berkenaan agar ada panduan yang boleh membantu mereka menulis karangan pada tahap yang minimum,satu kaedahboleh guru amalkan dengan melatih pelajar mengenal pasti isi umum.Berasaskan isi umum pelajar boleh mengembangkan isi dengan kaedah menyoal kembali isi umum iaitu menjawab soalan APA?, BAGAIMANA?, BILA?, dan MENGAPA? .Persoalan APA merupakan isi utama dan BAGAIMANA, BILA, MENGAPA, merupakan huraian isi.Berikut adalah contoh pengembangan idea/isi karangan.
Ayat 1-Ayat isi menjawab soalah Apa?
Ayat 2-Huraian menjawab soalan Bagaimana?
Ayat 3-Huraian menjawab soalan Bila?
Ayat 4-Contoh jika ada
Ayat 5-Huraian menjawab soalan Mengapa?
Ayat 6-Kesan
Ayat 7-Ayat penyimpul .
Contoh Soalan 1
Kesedaran mencintai alam sekitar seharusnya wujud dalam diri setiap ahli keluarga.
Jelaskan peranan setiap ahli keluarga untuk merealisasikan hasrat tersebut.
IsiAktiviti membersihkan dan mengindahkan persekitaran rumah
(Apakah peranan ahli keluarga untuk mewujudkan kesedaran alam sekitar?
Peranan setiap ahli keluarga untuk merealisasikan kesedaran mencintai alam sekitar adalah dengan melaksanakan aktiviti membersihkan dan mengindahkan persekitaran rumah (Apakah aktiviti yang boleh dilakukan?).Aktiviti ini boleh dilaksanakan bersama-sama ahli keluarga(Bagaimana aktiviti ini boleh dilakukan). Aktiviti ini boleh dilakukan pada waktu cuti hujung minggu. (Bilakah aktiviti ini boleh dilakukan?).Contohnya membersihkan kawasan rumah dan menanam pokok hiasan (Contoh).Apabila di laksanakan menyebabkan hubungan antara keluarga menjadi erat. (Mengapa aktiviti ini perlu dilakukan ?).Kesannya,kawasan persekitaran rumah menjadi cantik dan akan menimbulkan kesedaran untuk mencintai alam sekitar. (Kesan).Sesungguhnya aktiviti membersihkan kawasan rumah pada hujung minggu boleh menimbulkan kesedaran ahli keluarga untuk mencintai alam sekitar.(Ayat penyimpul : Penggunaan Penanda wacana dan kaitkan dengan kehendak soalan))
Contoh Soalan
Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk menanganigejala vandalisme(SPM 2005)
Isi : untuk menangani gejala vandalisme adalah dengan mengadakan kempen di media massa.
(Apakah usaha yang boleh dilakukan?)
Usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk menanggani gejala vandalisme adalah dengan mengadakan kempen di media massa (Apakah usaha yang boleh dilakukan?).Kempen yangmenerangkan keburukan mengamalkan sifat vandalisme ini boleh dilaksanakan melalui media massa.(Bagaimanakah usaha ini boleh dilaksanakan?). Kempen menangani gejala vandalisme ini boleh dipaparkan melalui kaca televisyen pada bila-bila masa sahaja.(Bilakah kempen ini boleh dilaksanakan?) Contohnya, iklan di televisyen memaparkan tentang kesedaran menjaga harta benda awam.(Contoh) .Apabila kesedaran timbul dalam kalangan masyarakat,orang ramai akan menghargai kepentingan menjaga harta benda awam. (Mengapa kempen ini perlu dilaksanakan?)Kesannya,gejala vandalisme dapat dikurangkan.(Kesan). Dengan ini, kempenmelalui media massasecara berterusan akan dapat mengurangkan gejala vandalisme.(Ayat Penyimpul : Penggunaan Penanda Wacana dan kaitkan dengan kehendak soalan)
Contoh Soalan
Keluarga memainkan peranan penting dalam mencorakkan kehidupan anak-anak.Oleh itu, pendidikan anak-anak sebenarnya bermula di rumah. Berikan pendapat anda tentang peranan keluarga dalam pembentukan sahsiah anak- anak.(SPM 2005)
Isi: Peranan keluarga dalam pembentukan sahsiah anak-anak adalah melalui pendidikan agama.
(Apakah peranan keluarga untuk membentuk sahsiah anak-anak)
Peranan keluarga dalam pembentukan sahsiah anak-anak adalah melalui pendidikan agama. (Apakah peranan keluarga untuk membentuk sahsiah anak-anak?)Ibu bapa perlulah memastikan anak-anakmereka diberikan pelajaran agama secukupnya.(Bagaimanakah peranan ini boleh dilakukan?)Didikan agama ini perlu diberikan sejak anak-anak mereka masih kecil lagi.(Bilakah peranan ini perlu dilakukan?)Contohnya, ibu bapa boleh mengajar anak mereka amalan beragama seperti bersembahyang, berpuasa, dosa dan pahala bagi yang beragama Islam. (Contoh) Apabila anak dapatmenghayati agama, mereka tidak akan melakukan perkara-perkara negatif. (Mengapa peranan ini perlu dilakukan?).Kesannya, sahsiah anak-anak menjadi bertambah baik.(Kesan) . Oleh itu,pendidikan agama memainkan peranan penting dalam pembentukan sahsiah anak-anak.(Ayat Penyimpul : penggunaan Penanda Wacana dan dikaitkan dengan kehendak soalan.)
Menulis Perenggan Penutup dengan Menggunakan Teknik KHPK dan KHH i. KHPK – (Kesimpulan, Huraian, Peribahasa, Kepentingan)
Perenggan Penutup Contoh 1
Oleh hal yang demikian, masalah rasuah perlulah ditangani oleh pihak berkuasa dengan kerjasama anggota masyarakat. (Kesimpulan) Pihak berkuasa hendaklah mengadakan kempen secara besar-besaran tentang keburukan dan kesan rasuah kepada masyarakat. (Huraian – Apa yang perlu dibuat) Hal ini demikian kerana, jika masalah rasuah tidak diatasi sudah tentu perkara ini akan merosakkan jentera pentadbiran negara. (Huraian – Apa kesannya) Jadi, sebelum nasi menjadi bubur, kita berharap agar masalah ini dapat ditangani dengan berkesan sebelum menjadi lebih serius. (Peribahasa) Sekiranya hal ini dapat direalisasikan, sudah pastilah masyarakat dan negara kita akan bebas daripada belenggu rasuah. (Kepentingan) Perenggan Penutup Contoh 2
Oleh hal yang demikian, pelaburan asing memang penting untuk menjana ekonomi sesebuah negara. (Kesimpulan) Usaha-usaha yang serius hendaklah dipertingkat untuk menarik pelaburan asing agar hal ini akan menambahkan pelaburan ke dalam negara kita. (Huraian – Apa yang perlu dibuat) Sekiranya pelabur asing kurang membuat pelaburan di sesebuah negara sudah pastinya ekonomi negara tersebut sukar untuk berkembang.(Huraian – Apa kesannya)Hal ini demikian kerana, negara-negara tersebut mengalami masalah kekurangan modal untuk membangunkan negara mereka.(Huraian – Apa kesannya)Jadi, pihak yang bertanggungjawab dalam bidang pelaburan ini hendaklah mencari jalan(Peribahasa)bagi menarik lebih banyak pelabur asing untuk membuat pelaburan. (Kepentingan)
ii. KHH (Kesimpulan, Huraian, Harapan)
Perenggan Penutup Contoh 3
Kesimpulannya, semua pihak perlulah bekerjasama untuk membanteras masalah jenayah yang berlaku di negara kita. (K) Dengan kata lain, anggota masyarakat perlulah berganding bahu dengan pihak berkuasa iaitu melaporkan kejadian jenayah yang berlaku itu dengan segera. (H) Dengan cara itu, masalah jenayah ini sudah pasti dapat dikurangkan dan dibanteras daripada terus berleluasa di negara kita. (H)
BERASAL DARI KELANTAN.
KELULUSAN DARI U. MALAYA SEKOLAH PERTAMAKU DI SMK SIONG, BALING, KEDAH. SEKARANG MENGAJAR DI SMK JELAPANG JAYA, IPOH PERAK.
MENGAJAR HAMPIR 19 TAHUN.
Kepada semua pelajar SMKJJ yang bakal menduduki peperiksaan awam pada tahun ini sedarlah dari lenamu, bangunlah dari mimpi indahmu, bangkitlah dari jagamu bahawa peperiksaan hampir tiba. Kepada calon PMR 10 Ogos nanti anda bakal menduduki peperiksaan percubaan PMR, diikuti dengan peperiksaan percubaan SPM dan STPM. sekiranya anda masih dibuai mimpi saya percaya anda akan kecundang nanti.oleh itu, saya berharapanda akan berusaha dan terus berusaha untuk masa depan anda semua.
Kata majmuk = Rangkai kata setara – menunjukkan bentuk yang sama
Contohnya,
‘guru besar’ = kata majmuk
‘ibu bapa’ = rangkai kata setara
Kedua-duanya kelihatan sama dari segi bentuknya namun dari segi proses pembentukannya berbeza.
kata majmuk ‘guru besar’ = terdiri daripada 2 golongan kata iaitu
’kata nama’(guru) + ‘kata adjektif’ (besar)
Sedangkan ‘ibu bapa’ = terdiri daripada golongan kata yang sama
‘kata nama’(ibu) + ‘kata nama’(bapa)
Peringatan:
Kata Majmuk ‘guru besar’ TIDAK BOLEH menerima sisipan ‘dan’ ataupun ‘atau’ di antara kedua-duanya.Jika dihubungkan kata majmuk ‘guru besar’ tidak membentuk makna yang jelas kerana ‘guru dan besar’ TIDAK MENUNJUKKAN MAKNA YANG SEMPURNA.
SEBALIKNYA:
Rangkai kata setara BOLEH disisipkan kata hubung ‘dan’ ataupun ‘atau’ di antara kedua-duanya dan TIDAK MENGUBAH maknanya, iaitu ‘ibu bapa’ tidak berbeza maksud dengan ‘ibu dan bapa’ ataupun ‘ibu atau bapa’ – masih merujuk perkara yang sama.
Pembentukkan Kata Majmuk
- Merupakan proses mencantumkan ataupun merangkaikan 2 atau lebih kata dasar yang membentuk suatu makna tertentu.Contohnya :kapal terbang , jalan raya , balai polis
Kata majmuk dieja secara terpisah kecuali beberapa bentuk yang telah mantap dan utuh sebagai satu perkataan walaupun terdiri daripada 2 perkataan. Contohnya : kerjasama , tandatangan , beritahu , kakitangan , matahari , jawatankuasa , setiausaha